WELCOME

PIC

PIC

template

JUMLAH PELAWAT

Monday, 28 May 2012

TEKNIK BELAJAR DENGAN BERKESAN


glitter-graphics.com

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :
  • Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
  • Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  • Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  • Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  • Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya

Hari Ahad          : 9.00 pagi - 10.00 pagi
                        : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
                        : 2.00 petang - 3.30 petang
                        : 3.30 petang - 5.00 petang
                        : 8.30 malam - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin           : 2.30 petang - 4.00 petang
                        : 4.00 petang - 5.30 petang
                        : 8.30 petang - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :
  1. Matematik - 4 kali seminggu
  2. Bahasa Inggeris - 2 kali
  3. Sejarah - 4 kali
  4. dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :
  • Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
  • Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
  • Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
  • Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota.

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.


PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
  • Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
  • Baca keseluruhan teks dengan laju
  • Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
  • Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
  • Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA
  • Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
  • Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
  • Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
  • Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
  • Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
  • Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
  • Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini
NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH
  • Baca topik dengan teliti
  • Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
  • Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
  • Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)
Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik
  • Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil
  • Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
  • Memburu binatang - dimkn
  • Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
  • Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
  • Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH
Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .



KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
  • Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

glitter-graphics.com
Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka. - Alexander Graham Bell

glitter-graphics.com

RPT PERDAGANGAN TING.4

Rancangan Tahunan Perdagangan Tingkatan 5 2012 SMK Serian




MINGGU



TARIKH

 
BIDANG PEMBELAJARAN

 
HASIL PEMBELAJARAN

 
CATATAN



 

 
1

 
2
3

 

 

 

 
04/01- 06/01
09/01-13/01
16/01-20/01


PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN



1.1 Sistem Perbankan

a. Perbankan konvensional

b. Perbankan Islam



  1. Jenis-jenis Bank
    a. Bank Pusat

    1. Bank Perdagangan
    2. Bank Saudagar
    3. Bank Badan Berkanun
    4. Bank Koperasi




Aras 1

1. Membezakan sistem perbankan konvensional dan sistem secara Islam

Aras 1

1. Menerangkan fungsi Bank Pusat dan bank-bank yang lain.

Aras 2

1. Menjelaskan perbezaan di antara setiap jenis bank.







 


3

 

 

 
16/01-20/01

 
  1. Perkhidmatan Bank Perdagangan
    1. Menerima pesanan
    2. Kemudahan pembayaran
    3. Kemudahan pembiayaan
    4. Perkhidmatan lain


Aras 1

1. Menerangkan bentuk-bentuk perkhidmatan bank perdagangan dan kegunaannya.


Aras 2

1. Menjelaskan kepentingan setiap bentuk perkhidmatan bank perdagangan kepada pelanggan bank.



4

 
23/01-27/01
CUTI TAHUN BARU CINA
23-24/01

- Cuti CNY

25/01

- Cuti Peristiwa 1

26-27/01

- Cuti Berganti 1&2


5

 
30/01-03/02


1.4 Cek

  1. Jenis-jenis cek dan penggunaannya
  2. Faedah menggunakan cek
  3. Jenis-jenis cek lain
  4. Cek tak layan


Aras 1

1. Menerangkan penggunaan berbagai jenis cek.

2. Mengenal pasti sebab-sebab cek tak layan.



Aras 2

1. Menghuraikan kelebihan dan kelemahan penggunaan cek.

2. Menjelaskan perbezaan cek terbuka dan cek tertutup



6

 
06/02-11/02


  1. Institusi Kewangan Lain
    1. Syarikat Kewangan
    2. Syarikat Pajakan
    3. Syarikat Pemfaktoran Syarikat Jaminan Kredit Malaysia


Aras 1

1. Menerangkan ciri dan fungsi setiap jenis institusi kewangan lain.

Aras 3

1. Membuat keputusan pemilihan perkhidmatan bank yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan bank


06/02

- Cuti Umum Maulid



11/02

- Sekolah Ganti 1


7

 

 
8

 
13/02-17/02

 
20/02-24/02


INSURANS

2.1 Insurans

  1. Pengenalan kepada insurans
  2. Konsep insurans
  3. Jenis risiko
  4. Peranan insurans


  1. Prinsip-prinsip insurans
    1. Kepentingan boleh diinsuranskan
    2. Penuh percaya
    3. Ganti rugi

       
  2. Jenis insurans
    1. Insurans kemalangan
    2. Insurans kebakaran
    3. Insurans hayat
    4. Insurans
      perkapalan/penerbangan
    5. Insurans-insurans lain


Aras 1

1. Menerangkan konsep, peranan dan istilah dalam insurans.

2. Mengenal pasti jenis-jenis risiko.

3. Menerangkan prinsip-prinsip insurans.

4. Mengetahui jenis-jenis dan kegunaan insurans.



Aras 2

1. Menghuraikan konsep pemusatan risiko.

2. Menjelaskan dengan contoh faktor-faktor yang mempengaruhi kadar premium insurans.



9

 
10

 
27/02-03/03
05/02-09/02


Ulangkaji & Peperiksaan

03/03

- Sekolah Ganti 2


11

 
12/03-16/03


Cuti Pertengahan Penggal 1



12

 
19/03-23/03


  1. Takaful
    1. Prinsip takaful
    2. Produk takaful

       
  2. Belian polisi dan tuntutan ganti rugi
    1. Prosedur membeli polisi
    2. Prosedur membuat tuntutan ganti rugi


Aras 1

1. Membandingkan insurans konvensional dengan takaful.

2. Mengetahui cara-cara membeli polisi dan membuat tuntutan ganti rugi.

Aras 2

1. Menjelaskan prinsip-prinsip takaful.

2. Menjelaskan implikasi setiap prinsip insurans ke atas tuntutan ganti rugi.



Aras 3

1. Mencadangkan jenis polisi insurans yang sesuai bagi sesuatu jenis perniagaan dan individu.



13

 
26/03-30/03


PENGANGKUTAN

3.1 Pengangkutan

a. Peranan pengangkutan



3.2 Jenis pengangkutan

  1. Pengangkutan darat
  2. Pengangkutan laut
  3. Pengangkutan udara
  4. Saluran paip


Aras 1

1. Menerangkan peranan dan jenis-jenis pengangkutan.

2. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan setiap jenis

pengangkutan.



Aras 2

1. Menjelaskan dengan contoh kepentingan pengangkutan kepada sesuatu jenis perniagaan.

2. Menghuraikan jenis-jenis pengangkutan darat, laut, saluran paip dan udara.



Aras 3

1. Membuat gambaran mental tentang aktiviti pengangkutan dalam perniagaan.

2. Mengkritik setiap jenis pengangkutan dan memilih jenis pengangkutan.



14

 
02/04-06/04


3.3 Pengkontenaan

  1. Maksud pengkontenaan
  2. Pengangkutan antarabangsa Routier (Transport International Routier)


3.4 Pemilihan jenis

pengangkutan

  1. Faktor-faktor pemilihan jenis pengangkutan


Aras 2

1. Memilih jenis pengangkutan yang sesuai bagi membantu perniagaan.

Aras 3

1. Membuat keputusan rasional dalam perniagaan.


06/04

- Cuti Umum Good Friday



 
15

 

 
16

 

 
09/04-14/04

 
16/04-20/04


KOMUNIKASI

4.1 Komunikasi

a. Peranan komunikasi

b. Perkhidmatan komunikasi

i. Televisyen dan

radio

ii. Perkhidmatan pos

iii. Perkhidmatan

telekomunikasi

iv. Perkhidmatan kurier


Aras 1

1. Menerangkan peranan komunikasi.

2. Menerangkan jenis perkhidmatan komunikasi yang sesuai

digunakan dalam perniagaan.

3. Menerangkan ciri-ciri setiap jenis perkhidmatan komunikasi.

4. Menerangkan agensi yang terlibat dalam perkhidmatan komunikasi.



Aras 2

1. Menjelaskan faktor-faktor pemilihan sesuatu jenis perkhidmatan komunikasi.



Aras 3

1. Mencadangkan jenis-jenis perkhidmatan komunikasi yang

sesuai kepada peniaga.


09/04

- Easter Mnday ( Cuti Peristiwa 2 )



14/04

- Sekolah Ganti 3


17

 

 
18

 
23/04-27/04

 
30/04-04/05


PERGUDANGAN

5.1 Pergudangan

  1. Peranan pergudangan
  2. Ciri-ciri gudang yang baik


5.2 Jenis-jenis gudang

  1. Gudang pengilang
  2. Gudang pemborong
  3. Gudang peruncit
  4. Gudang kerajaan
  5. Gudang berbon
  6. Penyetoran sejuk


Aras 1

1. Menerangkan maksud dan peranan pergudangan.

2. Menerangkan jenis-jenis gudang.

3. Menerangkan kepentingan gudang berbon kepada peniaga

dan kerajaan.

4. Menyatakan ciri-ciri gudang yang baik.



Aras 2

1. Menghuraikan dengan contoh kepentingan gudang kepada

peniaga dan pengeluar.

2. Menjelaskan ciri-ciri gudang yang baik.

Aras 3

1. Mencadangkan kaedah pengendalian gudang yang baik.


25/04

- LDP 1



28/04

- Hari Keluarga 1



01/05

- Cuti Umum Hari Buruh


19

 
07/05-11/05


Ulangkaji



20

 
21

 
14/05-18/05
21/05-25/05


Peperiksaan Pertengahan Tahun



16/05

- Hari Guru


22

 
23

 
28/05-01/06
04/06-08/06


Cuti Pertengahan Tahun
01/06

- Gawai


24

 

 
25

 
11/06-15/06

 
18/06-22/06


PROMOSI

6.1 Promosi

  1. Peranan promosi
  2. Promosi dalam pemasaran


6.2 Jenis promosi

  1. Pengiklanan
  2. Promosi jualan
  3. Jualan terus
  4. Publisiti



 


Aras 1

1. Menerangkan maksud dan peranan promosi.

2. Mengenalpasti perkaitan promosi dengan pemasaran.

3. Menerangkan ciri- ciri setiap jenis promosi.



Aras 2

1. Menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi.



Aras 3

1. Mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu

barangan.



26

 
27

 
28

 
25/06-
29/06
02/07-06/07
09/07-13/07


6.3 Media Pengiklanan

  1. Media bercetak
  2. Media elektronik
  3. Media-media lain


6.4 Pemilihan media

pengiklanan

  1. Faktor-faktor pemilihan media pengiklanan


Aras 1

1. Mengenalpasti jenis-jenis pengiklanan

2. Menerangkan ciri-ciri pelbagai media pengiklanan.

3. Menerangkan faktor-faktor pemilihan media pengiklanan




Aras 2

1. Menghuraikan cara "gaya tarikan iklan" untuk menarik perhatian pengguna.

2. Menjelaskan kelebihan dan kelemahan setiap media

pengiklanan.

3. Memilih media pengiklanan yang sesuai bagi mempromosikan

sesuatu keluaran.

4. Menentukan pemilihan jenis pengiklanan yang sesuai bagi

sesuatu barangan


02-05/07

-Olahraga



06/07

- Cuti Peristiwa 3



11/07

- LDP 2


26

 
27

 
28

 
25/06-
29/06
02/07-06/07
09/07-13/07


6.3 Media Pengiklanan

  1. Media bercetak
  2. Media elektronik
  3. Media-media lain


6.4 Pemilihan media

pengiklanan

  1. Faktor-faktor pemilihan media pengiklanan


Aras 1

1. Mengenalpasti jenis-jenis pengiklanan

2. Menerangkan ciri-ciri pelbagai media pengiklanan.

3. Menerangkan faktor-faktor pemilihan media pengiklanan




Aras 2

1. Menghuraikan cara "gaya tarikan iklan" untuk menarik perhatian pengguna.

2. Menjelaskan kelebihan dan kelemahan setiap media

pengiklanan.

3. Memilih media pengiklanan yang sesuai bagi mempromosikan

sesuatu keluaran.

4. Menentukan pemilihan jenis pengiklanan yang sesuai bagi

sesuatu barangan


02-05/07

-Olahraga



06/07

- Cuti Peristiwa 3



11/07

- LDP 2


29

 

 
30

 
16/07-20/07

 
23/07-27/07


PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN

7.1 Peranan kerajaan dalam

perniagaan

  1. Penyelidikan dan pembangunan
  2. Perundangan perniagaan
  3. Latihan dan pengurusan
  4. Kemudahan infrastuktur dan ruang niaga
  5. Promosi dan pemasaran
  6. Pelepasan cukai
  7. Pembiayaan


Aras 1

1. Mengenalpasti kepentingan peranan kerajaan dalam

perniagaan.

2. Mengenalpasti agensi-agensi yang terlibat.

3. Membezakan penglibatan agensi dalam membantu peniaga/pengusaha.



Aras 2

1. Menjelaskan dengan contoh cara bagaimana seseorang pengusaha dibantu oleh kerajaan.

2. Menghuraikan peranan setiap agensi kepada pengusaha.

3. Menghuraiakan implikasi perundangan perniagaan kepada pengusaha/peniaga.



Aras 3

1. Menghuraikan implikasi peranan kerajaan kepada peniaga dan pengguna.



31

 
32

 

 

 
30/07-03/08
06/08-10/08


KONSUMERISME

8.1 Konsumerisme

  1. Maksud konsumerisme


8.2 Perlindungan pengguna

  1. Hak dan tanggungjawab pengguna
  2. Tanggungjawab pengeluar
  3. Membeli dengan bijak
  4. Peranan kerajaan dan agensi lain dalam melindugi pengguna
  5. Etika Amalan
Perniagaan


Aras 1

1. Menerangkan maksud konsumerisme.

2. Mengenal pasti hak dan tanggungjawab pengguna dan

pengeluar.

3. Mengetahui dan mengamalkan cara membeli dengan bijak.

4. Menersangkan peranan kerajaan dan agensi lain dalam

melindugi pengguna.

5. Mengamalkan etika amalan perniagaan oleh penjual dan pembeli.

6. Menerangkan undang-undang berkaitan dengan

perlindungan pengguna.



Aras 2

1. Menghuraikan bagaimana menjadi pengguna yang

bertanggungjawab.

2. Menjelaskan dengan contoh tanggungjawab pengguna dan pengeluar.



Aras 3

1. Menilai amalan penjual dari segi etika perniagaan.

2. Merumuskan sebab-sebab pengguna perlu dilindungi.



33

 
13/08-17/08


Ulangkaji / Kertas Model



34

 
20/08-24/08


Cuti Pertengahan Penggal 2
19-20/08

- Raya Fittri


35

 
27/08-31/08
Ulangkaji / Kertas Model
31/08

- Hari Kebangsaan


36

 
37

 
03/09-07/09
10/09-14/09
Percubaan SPM



38

 
17/09-21/09
Pembetulan Percubaan SPM
17/09

- Cuti Umum Hari M'sia


39

 
24/09-28/09
Ulangkaji / Kertas Model



40

 
01/10-05/10
Ulangkaji / Kertas Model



41

 
08/10-12/10
Ulangkaji / Kertas Model
10/10

- LDP 3


42

 
15/10-19/10
Ulangkaji / Kertas Model
19/10

- Jamuan Tahunan


43

 
22/10-26/10
Ulangkaji / Kertas Model
25/10

- Cuti Ganti 3

26/10

- Cuti Umum Raya Haji


44

 
29/10-02/11
Ulangkaji / Kertas Model
01/11

-Restu SPM/STPM

02/11

- All Soul Day (Cuti Peristiwa 4 )


45

 
05/11-09/11
Ulangkaji / Kertas Model
06/11

- Graduasi

07/11

- Penyampaian Hadiah